Tuesday, July 17, 2018






MUZIUM  WAU BULAN
 DI
 KELANTAN




MUZIUM WAU




 Pengajuran Festival Wau Antarabangsa di Malaysia bermula di Tumpat Kelantan seawal tahun 80an. Bermula dari itu, setiap tahun pantai Sri Tujuh Tumpat menjadi fokus antarabangsa bagi acara bertaraf dunia ini yang menarik penyertaan pelbagai negara.
Menjelang  penghujung tahun 90an, Festival Wau Antarabangsa Tumpat mula mengalami kemerosotan dari segi penganjuran dan penyertaannya. Ini disebabkan perubahan pentadbiran Negeri Kelantan dan saingan daripada Festival Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor yang lebih banyak menarik penyertaan dari luar negara.

MUZIUM WAU2

Walau bagaimanapun, permainan wau berkait rapat dengan budaya rakyat di Kelantan. Sejak berkurun ia diangkat sebagai salah satu khazanah tradisi negeri ini yang setanding dengan  tradisi lain, seperti Mak Yong, Dikir Barat, Gasing dan Wayang Kulit.
Bagi memastikan tradisi ini tidak pupus ditelan zaman, sebuah Muzium Wau telah dibina pada 2011 di Pantai Sri Tujuh bagi memelihara khazanah dan tradisi budaya tempatan. Selari dengan inisiatif tersebut, bermula pada tahun yang sama, Pesta Wau Antarabangsa Tumpat dihidupkan semula.

MUZIUM WAU 1

Menurut seorang pegawai muzium, Azuha Ibrahim, 48, pada penghujung Mei setiap tahun pesta wau yang diadakan di Pantai Genting menarik penyertaan dari dalam dan luar negara, antaranya Australia, Belgium, Brunei, China, dan Indonesia.
“Pantai Sri Tujuh diangkat sebagai tapak pembinaan Muzium Wau kerana kawasannya yang strategik dan berhampiran dengan lokasi pesta wau antarabangsa yang diadakan setiap tahun.”
“Muzium Wau ini terbina dari cetusan idea Persatuan Pelayang Negeri Kelantan dengan tujuan memelihara tradisi yang menjadi kebanggaan negeri, selain mengetengahkan seni pembuatan wau yang merupakan salah satu cabang kesenian orang Melayu di negeri ini,” katanya.
Antara jenis wau yang dipamerkan di sini termasuk Wau Bulan, Wau Kekek, Wau Puyuh, Wau Kucing, Wau Jala Budi dan wau rasmi setiap negeri. Muzium ini dibuka setiap hari, kecuali Jumaat. Pelawat dikenakan caj RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak.

Monday, July 16, 2018

Wau Bulan Kelantan

WAU BULAN 
PRODUK TRADISIONAL 
KELANTAN

    Sejak berkurun lagi permainan wau sangat rapat dengan masyarakat Kelantan. Wau ini juga telah diangkat untuk dijadikan sebagai salah satu tradisi negeri Kelantan. Antara wau yang terkenal ialah Wau Bulan, Wau Kekek, Wau Puyuh, Wau Kebayak dan Jala Budi.

     Perkataan wau ini dipercayai berasal daripada perkataan Kerajaan Melayu Pattani sementelah negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah turut menggunakan perkataan tersebut. Wau Kelantan ini sangat terkenal dengan kehalusan seni ciptaannya dan turut dianggap unik oleh sesetengah masyarakat luar.

wau kekek

kebayak



     Wau-wau ini biasanya akan diterbangkan di udara sebagai permainan di waktu lapang. Negeri-negeri lain di pantai barat dan semenanjung Malaysia menggunakan perkataan layang-layang berbanding wau.
 Antara wau yang paling popular ialah Wau Bulan. Wau Bulan dihasilkan dengan saiz yang lebih besar berbanding wau-wau lain. Bentuknya juga menyerupai bulan sabit di bahagian hadapan dan separa bulat pada bahagian ekornya.

     Apabila diterbangkan wau ini akan kelihatan seperti bulan. Ada juga yang mengatakan perkataan wau timbul daripada bunyi busur apabila ianya diterbangkan di udara. Boleh dikatakan kemunculan Wau Bulan serta wau-wau lain mempunyai pelbagai cerita dan mitosnya yang tersendiri mengikut tempat masing-masing.



wau besar



    Ada yang mengatakan perkataan wau ini berasal daripada bunyi yang dihasilkan oleh wau tersebut. Hal ini telah dibuktikan dalam catatan Tun Seri Lanang ketika Raja Ahmad sedang bermain layang-layang bersama kerabat raja yang lain, daun ibus yang dipasang pada busur menghasilkan bunyi wau secara berirama. Daripada bunyi inilah perkataan wau telah digunakan untuk permainan tersebut. Selain itu, ada juga yang mengatakan asal usul Wau Bulan ini bermula dengan seorang putera Srivijaya yang bernama Dewa Muda. 

    Dewa Muda ingin membuat serangan balas untuk menyatukan kembali kerajaannya. Oleh itu, corak yang ada pada Wau Bulan dikatakan sebagai peta penyerangan dan penaklukan yang berjaya dilakukan oleh Srivijaya kira-kira pada tahun 713 hingga 779 Masihi. Setelah mendapat kemenangan, lambang Wau Bulan telah dijadikan sebagai lambang Empayar Srivijaya.

     Wau bulan yang mula-mula dihasilkan oleh Dewa Muda mempunyai kepala berbentuk geruda yang melambangkan raja segala burung yang sebenarnya seorang wali. Kepala Wau Bulan ini dikatakan menjadi lambang roh dan semangat Empayar Srivijaya dan memberi erti asas kebudayaan serta asas peradaban dalam empayar ini.

      Busur wau ini juga memiliki dua belas ragam yang menjadi lambang kepada negeri yang disatukan kembali dalam pusat Empayar Srivijaya. Antara dua belas negeri tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting, Kemboja-Loas-Thailand Tengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur menganjur ke Kepulauan Andaman, Pulau Irian dan Pulau Sulawesi.


srivijaya



     Terdapat satu lagi asal usul Wau Bulan yang mana ianya mempunyai kaitan dengan semangat padi. Kisah ini bermula apabila sepasang suami isteri menemui seorang anak perempuan lalu dijadikan sebagai anak angkat mereka. Namun begitu, perasaan cemburu si isteri mula timbul apabila suaminya terlalu sayang dan mengambil berat terhadap anak angkatnya itu sehinggakan setiap hari suaminya akan membawakan makanan kepadanya ketika bermain di rumah padi. 

     Lantaran itu, si isteri mula memukul anak perempuan tersebut sehingga beliau melarikan diri ke arah angin barat. Disebabkan kejadian itu, padi yang ditanam oleh suami isteri tadi tidak berbuah malah diserang penyakit. Oleh kerana bingung dengan nasib yang menimpa padi mereka, suami isteri tersebut telah menemui seorang ahli nujum.

      Mengikut kata-kata ahli nujum tersebut, anak perempuan yang dijumpai oleh mereka sebenarnya ialah semangat padi. Nujum tersebut telah menyuruh mereka untuk membuat satu lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan dinaikkan setelah menuai sebagai simbolik untuk memohon ampun terhadap anak perempuan angkat mereka. 




musim menuai



     Di Tanah Melayu pula, Wau Bulan dikatakan berasal dari negara China. Hal ini kerana rekabentuk dan ciri yang ada pada wau di Malaysia mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional di negara China. Namun begitu, kesahihan tarikh serta asal usulnya tidak dapat dipastikan.

      Berkemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia menyerap unsur-unsur kebudayaan China ditambah lagi hubungan baik antara Tanah Melayu dan China telah berlangsung sejak zaman dahulu lagi. Sehingga ke hari ini, permainan wau terutamanya Wau Bulan telah dipopularkan oleh rakyat Pantai Timur dan turut menjadikannya sebagai pertandingan pada masa-masa tertentu.



Sunday, July 15, 2018

Minyak Argan Emas iFlawless



LET'S FLAWLESS WITH
 ADILAH BEAUTY CONSULTANT

Minyak Argan Emas i Flawless merupakan minyak argan premium yang pertama di Malaysia. Dihasil dan difomulakan khas untuk kegunaan di wajah bagi menjadikan makeup anda tahan lebih lama sambil melindungi wajah.

Tahukan anda  Minyak Argan Emas i Flawless telah menjadi pilihan MUA-MUA di Malaysia kerana lebih cepat menyerap ke kulit wajah dan menjadikan makeup tahan lebih lama dan tidak mudah bercapuk.

Kini dengan wajah baru Minyak Argan Emas i Flawless kualiti dan keberkesannya ditingkatkan sehingga 5X kali ganda dari sebelumnya.  Jadi anda tidak perlu  tunggu lagi untuk mendapatkannya selain telah terbukti keberkesanannya harga lama masih dikekalkan iaitu hanya RM65.00 (promo price). 

Minyak Argan Emas i Flawless ini sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira sama ada kulit anda berminyak, kering atau kombinasi kering-berminyak.  Selain dari menjadikan make up tahan lebih lama ia juga memlihara kulit wajah anda agar sentiasa flawless dan glowingb

Image result for kebaikan minyak argan iflawless

Kelebihan Utama Minyak Argan Emas i Flawless

  • Minyak Argan PREMIUM dari Morocco - kadar penyerapan yang lebih cepat 
  • Mengandungi Emas 24K yang membantu anda untuk kelihatan lebih awet muda  
  • Aromaterapi - bau yang lembut dan mewah seakan-akan anda berada di spa 5Bintang 
Bahan Utama Iflawless

Kebaikan Minyak Argan Emas i Flawless

Sebagai Make Up Based
- menjadikan kulit lebih lembap
- memudahkan  anda untuk blend  foundation
- menjadikan makeup tahan lebih lama
- tiada lagi crack di wajah anda akibat dari makeup yang tebal
- makeup anda kelihatan lebih neutral
- menjadikan kulit kelihatan lebih glowing dan flawless walaupun anda bermakeup

Sebagai Skincare Harian 
- kulit jadi lebih lembap tanpa minyak
- membantu merawat kulit berminyak dan kering
- membantu memudarkan parut jerawat
- membantu menanggalkan kutil kolesterol di wajah
- membantu menganjalkan kulit
- membantu mengecilkan liang pori di wajah
- membantu menjadikan tekstur kulit lebih halus
- menjadikan wajah lebih berseri walaupun tanpa make up

Cara Guna Minyak Argan Emas i Flawless
Cara Guna  i Flawless

Make Up Based
- Campurkan 2 titis Minyak Argan Emas i Flawless dengan setitis Natural Advance Base i Flawless dan blendkan ke wajah anda untuk makeup yang tahan lebih lama dan sekata di wajah

Skincare
- Titiskan 2 titis Minyak Argan Emas i Flawless ke tapak tangan dan gosok sehingga ada haba sedikit kemudian tekap di seluruh wajah anda.  Lakukan setiap malam sebelum tidur.  Kulit akan lebih flawless dan segar serta lebih cerah.

Image result for kebaikan minyak argan iflawless

Image result for kebaikan minyak argan iflawless

Image result for kebaikan minyak argan iflawless

Image result for kebaikan minyak argan iflawless


p/s: if you want to make any order on iFlawless product please contact me on:

Whatsapp: 010-9190492 ( Miss Adilah )
Instagram: dilamitliey_iflawless